Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Komponen Biodiesel Sawit

Tahukah Anda Diesel di Malaysia Mengandungi Komponen Biodiesel Sawit?

  • LogoBiodiesel sawit adalah biobahan api mesra alam yang digunakan sebagai pengganti diesel petroleum. Ia dihasilkan daripada minyak sawit selepas proses kimia.
  • Biodiesel adalah sumber boleh diperbaharu dan diesel petroleum pula sumber yang terhad 
  • Jenis diesel yang dijual di sesetengah stesen i.e Euro 2M (nozel hitam) dan Euro 5 (nozel biru). Diesel Euro 2M dan Euro 5 masing-masing diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 10% (B10) dan 7% (B7)
  • Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Indonesia, Minnesota (USA), Colombia, Argentina dan Brazil telah menggunakan adunan biodiesel dengan diesel B10 dan B20 sejak awal tahun 2000.
  • Program B5 dilaksanakan bermula Jun 2011 dan Program B7 pada Disember 2014 di sektor pengangkutan. Bermula Disember 2018, Program B10 dilaksanakan di sektor pengangkutan seluruh Malaysia.

Pelaksanaan Program B5
 

Pelaksanaan Program B5

Mesyuarat Ke-8 Jawatankuasa Kabinet mengenai Daya Saing Minyak Sawit (Cabinet Committee on Competitiveness of Palm Oil – CCPO) pada 12 Januari2010 telah memutuskan bahawa program mandatori B5 (adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% dieselpetroleum) dilaksanakan bagi sektor bersubsidi diSelangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka bermula Jun 2011 secara berfasa. 

Sektor bersubsidi merangkumi perikanan, fleetcard dan tangki skid bagi pengangkutan darat telah menggunapakai B5 sepenuhnya mulai 20 Februari 2012. Hasrat Kerajaan adalah untuk mencapai penggunaan biodiesel sawit sebanyak 500,000 tan setahun melalui pelaksanaan Program B5 merangkumi kedua-dua sektor bersubsidi dan tidak bersubsidi (industri dan janakuasa). 

Seluruh sektor bersubsidi di Wilayah Selatan (Johor) telah menyertai Program B5 mulai 22 Julai 2013. Perjalanan Program B5 bagi Semenanjung Malaysia telah disempurnakan pada Mac 2014 dengan pelaksanaannya di Wilayah Timur yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan serta di Wilayah Utara yang meliputi Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Pelaksanaan Program B7

Pelaksanaan Program B7

Setelah meneliti dan memperhalusi hasil konsultasi yang dijalankan dengan pihak-pihak berkepentingan berhubung B7, MPI dan MPOB mendapati bahawa tidak timbul halangan yang ketara dalam pelaksanaan Program B7. Sehubungan dengan itu, Kerajaan pada 17 Oktober 2014 telah bersetuju supaya Program B5 ditingkatkan kepada B7 secara berfasa melibatkan sektor bersubsidi. Pelaksanaannya telah dimulakan di Semenanjung pada November 2014 dan diikuti dengan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai Disember 2014. Pelaksanaan Program B7 bagi sektor bersubsidi akan membantu meningkatkan keperluan biodiesel sawit sebanyak 576,000 tan setahun

 

Pelaksanaan Program B10

Pelaksanaan Program B10

Bagi pelaksanaan Program B10, MPI dan MPOB telah mengadakan beberapa siri perbincangan / konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor automotif termasuk Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) dan Malaysian Automotive Association (MAA), Federation of Malaysia Manufacturers (FMM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneliti kesesuaian penggunaan B10 dalam sektor berkenaan. Susulan itu, YBM pada 27 Mei 2016 telah membentangkan di Kabinet cadangan untuk meningkatkan program B7 ke B10 di mana Kabinet telah bersetuju dengan cadangan pengurangan GHG melalui program B10. Walau bagaimanapun, program B10 terpaksa ditangguhkan buat masa ini berikutan terdapat perbezaan ketara antara harga minyak fosil dan minyak sawit mentah. 

 

Faedah B10

  • Menyumbang kepada kestabilan harga komoditi sawit di pasaran
  • Bahan api alternatif yang mesra alam & boleh diperbaharui
  • Adunan 10% metil ester sawit & 90% petroleum diesel

 

Pelesenan Biobahan Api

Pelesenan Biobahan Api

Pelesenan Biobahan Api Bagi mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta 666, MPI telah dipertanggungjawabkan untuk memproses 4 kategori permohonan lesen biobahan api iaitu pengeluaran, perdagangan, perkhidmatan dan pengangkutan yang lengkap untuk pertimbangan Jawatankuasa Pelesenan Biobahan Api MPI. Jawatankuasa yang dijadualkan untuk bersidang 3 kali setahun (setiap 4 bulan) telah memproses dan memperakukan 15 permohonan baru dan 29 permohonan pembaharuan lesen biobahan api sepanjang tahun 2017.

 

Naziran Penguatkuasaan Dan Pelesenan Biobahan Api

Naziran Penguatkuasaan Dan Pelesenan Biobahan Api

Naziran Penguatkuasaan Dan Pelesenan Biobahan Api Pada tahun 2017, aktiviti naziran penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Bahagian Biobahan Api, MPIC ke atas syarikat-syarikat yang telah memiliki lesen untuk menjalankan aktiviti di bawah 4 kategori lesen biobahan api iaitu pengeluaran, perdagangan, perkhidmatan dan pengangkutan. Lesen diperlukan oleh industri bagi menjalankan aktiviti memulakan pembinaan loji, mengeluar biobahan api, mengadun, mengeksport, mengimport, mengangkut, menyimpan dan mengukur bahan biobahan api serta yang bahan berkaitan dengan biobahan api yang telah dikeluarkan oleh Unit Pelesenan, Bahagian Biobahan Api, MPIC. Tujuan naziran penguatkuasaan dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan oleh syarikat–syarikat yang terlibat dengan industri dan memberi khidmat nasihat berkaitan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) serta peraturan – peraturan subsidiari di bawahnya.