Enquiry |   Directory  |   Webmail  |   |   |   |   | 

Apa itu Nationally Determined Contributions (NDC)?

sustainability

 

Apa itu Nationally Determined Contributions (NDC)?

NDC adalah komitmen setiap negara anggota kepada Pertubuhan Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) dalam melaksanakan usaha-usaha mitigasi melalui pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan adaptasi perubahan iklim seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Paris pada 2015. Melalui NDC, Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding intensiti pelepasan pada 2005. Sektor agrikomoditi turut memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pencapaian NDC negara melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif mitigasi seperti program biobahan api, pemerangkapan biogas daripada efluen kilang sawit, skim pensijilan komoditi mampan seperti Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) serta menghadkan keluasan tanaman komoditi.