Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 

1. PENGGUBALAN DASAR  

Menggubal dasar dan strategi yang jelas mengenai industri komoditi perladangan berlandaskan kepada perkembangan dan keperluan semasa dalam tempoh masa seperti berikut:

  • 18 bulan bagi penggubalan dasar dan strategi baru; dan  
  • Enam (6) bulan bagi meminda dasar dan strategi sedia ada.  

2. PENGGUBALAN PERUNDANGAN 

Menggubal perundangan utama dan perundangan subsidiari berkaitan industri perladangan dan komoditi berlandaskan kepada perkembangan dan keperluan semasa dalam tempoh masa seperti berikut:

i. Perundangan Utama:

  • Draf Perundangan Utama (kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Unit Undang-undang melalui Bahagian di MPI.
  • Dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh penyelesaian isu dasar dan perundangan. Jika ada isu dasar atau perundangan berbangkit tempoh  20 hari terhenti sehingga isu dasar atau perundangan selesai.
  • Kualiti : Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta ibu, Akta lain dan menepati kehendak pelanggan.

ii.Perundangan Subsidiari:

  • Draf Perundangan Subsidiari (kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Unit Undang-undang melalui Bahagian di MPI.
  • Dalam masa  14 hari bekerja bagi teks kurang 50 m/s dan 21 hari bekerja bagi teks melebihi 50 m/s. Jika ada isu dasar atau perundangan berbangkit tempoh  itu terhenti sehingga isu dasar atau perundangan selesai.

3. PROJEK PEMBANGUNAN  

Memastikan program pembangunan sektor perladangan dan komoditi dirancang, dilaksana dan dipantau sewajarnya termasuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) diadakan 12 kali setahun.  

4. PEMBAYARAN BIL

  • Memastikan 90% pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh 7 hari; dan
  • Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.

5. SESI KONSULTASI

Mengadakan sesi konsultasi dengan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) :

i. Peringkat Menteri :

  • Satu (1) dialog sesi konsultasi setahun bagi setiap komoditi dengan persatuan industri komoditi dan NGO

ii.Peringkat Pegawai :

  • Enam (6) sesi konsultasi dengan industri.

6. MISI PERDAGANGAN 

Menganjurkan misi galakan pasaran dan perdagangan / lawatan kerja bagi memperkukuhkan pasaran sedia ada dan menerokai pasaran baru sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun serta mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.  

7. PENERBITAN DATA TAHUNAN KOMODITI  

Memuatnaik data Perangkaan Komoditi dalam Laman Web MPI dan Portal Data Terbuka yang diselenggara oleh MAMPU.  

8. ADUAN PELANGGAN

Memastikan semua aduan pelanggan diberi:

  • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;
  • Maklum balas awal dalam masa lima (5) hari; dan
  • Diselesaikan dalam tempoh 15 hari bagi aduan yang tidak melibatkan perkara dasar.  

9. SESI BERTEMU PELANGGAN  

Mengadakan sesi bertemu pelanggan melalui program-program turun padang seperti Program Hello Komoditi sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. 

10. LAMAN WEB  

Memuat naik maklumat program terkini MPI ke laman web dalam tempoh 24 jam.  

11. LESEN BIOBAHAN API  

  • Mengeluarkan akuan penerimaan bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh satu (1) hari;
  • Mengeluarkan lesen dalam tempoh tiga (3) hari selepas lesen ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Pelesenan Biobahan Api; dan
  • Memberi jawapan kepada permohonan yang tidak berjaya dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat Pihak Berkuasa Pelesenan Biobahan Api .

 

Berkuatkuasa Mulai 02 April 2019