Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 
VISI:
Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi sektor komoditi dan sebagai pengeluar utama  nilai tambah  yang lebih tinggi berasaskan komoditi dalam pasaran global.
 

MISI:
Untuk memastikan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam industri berasaskan komoditi dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara.
 

OBJEKTIF :

  • Untuk memaksimumkan sumbangan industri berasaskan komoditi kepada pendapatan negara termasuk KDNK dan pendapatan tukaran asing.
  • Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan R & D, teknologi dan perkhidmatan dalam industri berasaskan komoditi.
  • Bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti, kualiti dan kemampanan industri utama berdasarkan K-ekonomi.
  • Untuk meningkatkan keupayaan pemasaran disamping meningkatkan bahagian pasaran terutamanya dalam pasaran niche.

FUNGSI UTAMA
  • Merumuskan dasar-dasar dan strategi pembangunan untuk keseluruhan sektor perladangan dan komoditi
  • Menyelia agensi-agensi di bawahnya dengan menyelaras pelaksanaan program-program perladangan dan komoditi