Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 

Tubuh 'task force' tangani serangan ulat sawit
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tubuh-task-force-tangani-serangan-ulat-sawit-1.827928
Sumber: Utusan Malaysia
 
Dr. Azman Ibrahim menggunakan alat menggerudi pada batang pokok kelapa sawit bagi mencegah serangan ulat di Felda Kerteh 5, Dungun, semalam. - EZZUAN AHMAD
EZZUAN AHMAD
23 Januari 2019 5:07 PM
DUNGUN 23 Jan. - Satu pasukan bertindak ditubuhkan di negeri ini sebagai langkah pro-aktif kerajaan negeri bagi mengekang masalah serangan ulat pemakan daun (UPD) yang merosakkan tanaman kelapa sawit di negeri ini.
Pengerusi Jwatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, penubuhan 'task force' seumpama itu adalah dengan kerjasama kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk sama-sama menangani masalah tersebut.
Menurutnya, pasukan itu dianggotai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd., TDM Terengganu selain pekebun kecil sawit.
Beliau memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati semua ladang yang melibatkan keluasan 1,155 hektar tanaman kelapa sawit di negeri ini terjejas akibat serangan ulat pemusnah tersebut.
Jelasnya, daripada 22 kawasan Felda di negeri ini, dua kawasan dikesan mengalami serangan iaitu di Felda Kerteh 5 di daerah ini dan Felcra Seri Bandi di daerah Kemaman.
"Di kawasan Seri Bandi, ianya membabitkan kawasan seluas 40 hektar dan telah menjejaskan kira-kira 40 peratus hasil pengeluaran sawit kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Penanaman Bermanfaat Peringkat Zon Kerteh di Felda Kerteh 5, di sini semalam. - UTUSAN ONLINE