Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 


http://www.kosmo.com.my/negara/1-155-hektar-tanaman-kelapa-sawit-terengganu-diserang-ulat-pemakan-daun-1.827324
Sumber: Kosmo
EZZUAN AHMAD
22 Januari 2019 7:30 PM


 
Azman (dua dari kanan) sedang memasukkan cecair kimia pada sebatang pokok kelapa sawit yang disyaki diserang ulat pemakan daun di Felda Kerteh 5 dekat Dungun hari ini.
DUNGUN - Sebanyak 1,155 hektar tanaman kelapa sawit merangkumi ladang dan kebun kecil di Terengganu didapati telah terjejas disebabkan serangan ulat pemakan daun.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, serangan serangga pemusnah tersebut yang telah berlaku sejak beberapa bulan lalu dikhuatiri boleh menjejaskan kira-kira 40 peratus pengeluaran buah sawit di negeri tersebut.
"Antara kawasan yang teruk terjejas ialah dua kawasan tanah rancangan iaitu Felda Kerteh 5 dekat sini dan Felcra Seri Bandi, Kemaman.
"Sebagai contoh di Felcra Seri Bandi, ulat pemakan daun itu telah menyerang pokok-pokok kelapa sawit seluas kira-kira 40 hektar," katanya pada pemberita selepas merasmikan Bulan Penanaman Bermanfaat di Felda Kerteh 5, di sini hari ini.
Ulat pemakan daun merupakan serangga perosak  yang memakan daun seterusnya membunuh pokok kelapa sawit yang terjejas.
Azman berkata, kerajaan negeri Terengganu telah mengambil tindakan segera dengan menubuhkan pasukan bertindak bagi menangani masalah berkenaan. - K! ONLINE