Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1717044
Sumber: Bernama.com
Tarikh kemaskini: 16/04/2019
 

KOTA KINABALU, 16 April (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini menggesa kerajaan pusat melihat semula pelaksanaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang didakwanya membebankan pekebun kecil di negeri itu.
Datuk Bolkiah Ismail (Bebas-Pitas) berkata masalah timbul apabila ada pekebun yang mengusahakan tanaman sawit di atas tanah yang belum diperolehi geran selain pekebun berskala kecil yang hasilnya juga kecil.

"Pelaksanaan pesijilan MPSO ini adalah baik dalam memastikan amalan pertanian terbaik dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, namun pada masa sama nasib pekebun kecil sawit di negeri ini yang sukar memenuhi kriteria untuk mendapatkan pensijilan MSPO harus juga ditimbang,” katanya semasa membahaskan usul ucapan terima kasih ucapan Yang di-Pertua Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Sementara itu, Datuk Limus Jury (UPKO-Kuala Penyu) meminta kerajaan negeri mengatasi masalah bekalan air di daerah kecil Kuala Penyu yang melibatkan antaranya Kampung Palu-Palu, Melikai, Lambidan, Kakapor, Pekan Kuala Penyu, Pekan Menumbok, Mempakul dan Laut.
Menurutnya masalah itu telah berlarutan sejak sekian lama, berpunca daripada tekanan air rendah kerana kawasan terlibat tersebut terletak di penghujung sistem bekalan air.
Katanya masalah diburukkan lagi dengan kadar Air Tidak Berhasil yang tinggi disebabkan keadaan paip lama, sambungan paip tidak sah selain kebocoran tangki-tangki khidmat sedia ada.
-- BERNAMA

 

 


https://www.sinarharian.com.my/article/23812/INFOGRAFIK/Minyak-sawit
Sumber: sinarharian.com


 

 

Sumber: Sinar Harian Mukasurat 1 & 2