Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 

KENYATAAN MEDIA

25 OKTOBER 2018: KENYATAAN MEDIA OLEH MENTERI INDUSTRI UTAMA YB TERESA KOK DALAM MAKLUM BALAS BERHUBUNG KENYATAAN DATO’ SRI MOHD NAJIB RAZAK YANG DISIARKAN DI LAMAN FREEMALAYSIATODAY.COM PADA 24 OKTOBER 2018 YANG BERTAJUK ‘NAJIB DEFENDS HIS STATEMENT ON DROP IN PALM OIL EXPORTS”

PERMINTAAN DALAM MUSIM PERAYAAN MERUPAKAN FAKTOR UTAMA YANG MEMBANTU PENINGKATAN EKSPORT MINYAK SAWIT PADA AWAL TAHUN INI.

1. Dato’ Sri Najib mungkin memerlukan tunjuk ajar berkenaan eksport komoditi dan juga pasaran global. Sepertimana yang saya jelaskan sebelum ini pencapaian Malaysia dalam industri sawit hendaklah dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor luaran yang telah memberi kesan kepada pasaran minyak dan lelemak.

2. Salah satu sebab utama pertumbuhan eksport awal tahun ini yang beliau gunakan sebagai perbandingan adalah peningkatan permintaan minyak sawit pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina. Kami menjangkakan perkara yang sama berulang pada awal tahun 2019.

3. Faktor-faktor yang memberi kesan kepada jumlah eksport dan harga pasaran termasuk peningkatan dalam pengeluaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini terutama daripada Indonesia telah menyebabkan peningkatan dalam inventori minyak sawit, duti import yang dikenakan oleh salah satu negara pengimport utama dan juga kelembapan ekonomi global.

4. Perbandingan yang dibuat oleh Dato’ Sri Najib dengan mengambil jumlah eksport minyak sawit sebelum PRU14 dengan selepas PRU14 adalah tidak matang kerana pengukuran sedemikian adalah tidak tepat disebabkan pelbagai faktor. Beliau seharusnya membandingkan pencapaian eksport sawit tahun dengan tahun. Sepertimana telah saya nyatakan sebelum ini statistik bagi tempoh Januari hingga


September 2018 menunjukkan peningkatan dalam jumlah eksport minyak sawit sebanyak 3.6% kapada 18.27 juta tan berbanding dengan 17.63 juta tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2017.

5. Dato’ Sri Najib sememangnya maklum mengenai faktor-faktor di atas dan harus menerima hakikat tersebut daripada memutarbelit fakta dengan menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Malaysia Baharu.

Tamat