faq |  contact |  complaints |sitemap      sawit


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/12/636983/eu-kenakan-tarif-import-biodiesel-indonesia-ekoran-subsidi
Sumber: bharian.com.my

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan pada Isnin bahawa ia akan mengenakan tarif ke atas import biodiesel dari Indonesia sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkannya sebagai subsidi tidak adil, menyimpulkan kes yang sudah berlarutan selama tujuh tahun.
Tarif itu, biasanya untuk tempoh lima tahun, telah ditetapkan di antara lapan dan 18 peratus, tahap yang sama dengan kadar sementara yang dicadangkan pada bulan Ogos.
Pengesahan tarif itu adalah satu lagi tamparan kepada pengeluar biodiesel Indonesia selepas EU pada Mac lalu berkata, bahawa minyak kelapa sawit harus dikeluarkan daripada bahan api pengangkutan yang boleh diperbaharui kerana sumbangan perladangan sawit terhadap penebangan hutan.
Suruhanjaya Eropah, yang menyelaraskan dasar perdagangan untuk EU, mengatakan bahawa penyiasatannya mendapati pengeluar biodiesel Indonesia mendapat manfaat daripada geran, manfaat cukai dan akses kepada bahan mentah di bawah harga pasaran.
Pasaran biodiesel EU bernilai kira-kira 9 bilion euro (RM41.48 bilion) setahun, dengan import dari Indonesia bernilai kira-kira 400 juta euro (RM1.84 bilion), kata Suruhanjaya.
Katanya, pengeluar Indonesia menjual dengan harga yang tidak adil, menyebabkan pengeluar EU mengalami kerugian.
EU dan China adalah pasaran terbesar Indonesia untuk eksport biodieselnya.
Indonesia telah mengancam untuk mengenakan tarifnya sendiri ke atas produk tenusu EU.
EU juga telah mengenakan duti anti-subsidi kepada pengeluar biodiesel Argentina, walaupun ia mempunyai akses tarif bebas sekitar 1.2 juta tan, selagi mereka tidak menjual lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan.
EU mula mencari biodiesel dari kedua-dua pengeluar utama itu pada tahun 2012 dan mengenakan duti anti-lambakan ke atas syarikat pada tahun 2013.
Bagaimanapun, firma-firma itu kemudiannya memenangi tuntutan mereka di Mahkamah Keadilan Eropah dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Itu mendorong EU untuk menghapuskan kebanyakan duti import biodiesel dari kedua-dua negara, tetapi Suruhanjaya itu juga memulakan penyiasatan ke atas kemungkinan subsidi yang tidak adil. - Reuters



 

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/12/635815/sime-darby-jual-ladang-sawit-di-liberia
Sumber: bharian.com.my

FREETOWN: Sime Darby Plantation Bhd merancang untuk menjual konsesi kelapa sawitnya di Liberia kepada pengilang tempatan, demikian mengikut seorang menteri Liberia, kelmarin.
Rancangan itu dibuat berikutan keputusan kewangan ‘di bawah par’ berikutan piawaian alam sekitar lebih ketat.
Sime Darby Plantation menandatangani perjanjian konsesi selama 63 tahun dengan kerajaan Liberia bagi membangunkan tanah seluas 220,000 hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah.
Ia sekali gus membentuk satu perlima daripada pegangan tanah global syarikat berkenaan.
Bagaimanapun pada Ogos, syarikat itu berkata, ia akan menamatkan operasi mereka di Liberia pada akhir tahun ini susulan menghadapi peraturan ketat dan bantahan mengenai isu alam sekitar yang mana menolak penebangan hutan.
Menteri Penerangan Liberia, Eugene Nagbe dalam satu persidangan perniagaan di London, berkata Sime Darby Plantation akan menjual ladang berkenaan kepada Mano Manufacturing Company (MANCO), iaitu pengeluar terbesar produk kesihatan dan pembersihan rumah di Liberia.
Nagbe berkata, syarat terakhir perjanjian itu belum dimuktamadkan tetapi kerajaan yakin ia akan diteruskan.
MANCO, subsidiari Mano Public Oil Industries menjadi pembeli utama minyak sawit Sime Darby Plantation sejak 2015.
Bagaimanapun, Sime Darby Plantation dan MANCO tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu. – REUTERS

 


http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1797070
Sumber: bernama.com
Tarikh kemaskini: 06/12/2019

Oleh Azlee Nor Mahmud

KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memainkan peranan yang wajar untuk memastikan setiap pihak dalam industri minyak sawit seiring dengan langkah mewujudkan antaranya, forum minyak sawit.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir mengakui bahawa Malaysia mempunyai 14 persatuan yang berbeza untuk industri kelapa sawit.

"Kita memerlukan antara satu sama lain, kita perlu bekerjasama dan amat penting bagi kita untuk mengharmonikan sistem. Sekarang ini, kita sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa persatuan, kita akan mengadakan beberapa forum dengan mereka bagi tujuan bekerjasama. Itulah tujuan utama saya, untuk menghubungkan mereka yang terbabit," katanya.

Katanya, pihak persatuan amat memandang berat dengan pertelingkahan di kalangan anggota khususnya bagi mereka yang mahu menjaga kepentingan diri sendiri.

"Kita ada Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) yang menjaga urusan perdagangan, Persatuan Pengilang Minyak Sawit (POMA) yang menjaga kepentingan pengilang, kita juga ada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) untuk penanam di huluan," katanya kepada pemberita semasa majlis 'Suai Kenal Minyak Kelapa Sawit untuk Media' baru-baru ini.

Beliau turut menyebut Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), Kumpulan Pengeluar Oleokimia Malaysia (MOMG), Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) dan Persatuan Penanam Malaysia Timur (EMPA).

"Tahun lepas, terdapat cadangan untuk membentuk forum industri minyak sawit, yang menjadi kebimbangan saya sekarang ini adalah bagaimana semua persatuan dan peneraju yang pelbagai ini boleh bekerjasama memandangkan kita perlu bergerak sebagai sebuah industri untuk menjaga industri secara menyeluruh.

"Di peringkat hiliran misalnya, mereka (anggota hiliran) tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri dan keuntungan semata-mata sehingga melupakan anggota huluan yang merupakan penanam, apa akan jadi jika penanam ini tidak mahu lagi menanam kelapa sawit, mereka yang berada di peringkat hiliran ini terpaksa menanggung kesan dan begitu juga apa yang berlaku pada peringkat hiliran akan menjejaskan pihak di huluan," kata Ahmad Parveez.

MPOB berkeinginan untuk melihat penanam, pengilang, penapis dan hiliran mempunyai kefahaman yang sama iaitu setiap orang terpaksa bekerjasama.

"Kita perlu mempunyai situasi menang-menang tetapi untuk mewujudkan keadaan ini, anda perlu berkorban, ini amat penting memandangkan setiap pihak perlu menyedari serta menghargai sumbangan pihak yang lain," katanya.

Ahmad Parveez ketika mengulas mengenai persaingan industri kelapa sawit Indonesia, berkata republik berkenaan mampu mengawal pasaran disebabkan saiz mereka.

"Mereka mempunyai kawasan yang besar, hampir tiga kali ganda saiz dan pengeluaran mereka adalah lebih daripada dua kali ganda. Indonesia boleh mengawal pasaran kerana mereka mampu menawarkan harga yang lebih baik.

"Jika kita masih bergantung kepada komoditi, kita akan gagal, kita perlu pergi ke hiliran dan untuk ke hiliran, kita perlu meningkatkan penyampaian minyak sawit kita.

"Selepas saya mengambil alih pada 10 Ogos 2019, ada banyak isu dengan Kesatuan Eropah membabitkan arahan tenaga boleh diperbaharui, Perancis pula akan berhenti menggunakan biodiesel pada tahun depan, ini tidak termasuk beberapa isu lain membabitkan India dan China.

"Jadi semua pasaran ini sedang memberikan cabaran yang berterusan. Jika kita tidak bersatu, sangat sukar bagi kita untuk menangani pasaran," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Parveez masih yakin dengan penyelesaian khususnya berkaitan kestabilan harga MSM berikutan langkah kerajaan untuk melaksanakan B20 dan pendaftaran 100 peratus bagi Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada tahun depan.

"Dalam Belanjawan 2020 juga, kerajaan telah mengumumkan pembiayaan geran sebanyak RM30 juta kepada syarikat dan universiti yang berminat untuk meneroka hiliran, sebagai contoh, bahan api bio-jet dan 'tocotrienol'.

"Kita perlu memajukan sektor hiliran dan pergi ke pasaran yang lebih khusus selain bergantung semata-mata kepada komoditi, minyak sawit mentah atau minyak yang diproses biasa. Semua ini adalah sangat tidak menentu dan bergantung kepada akses pasaran," katanya.

-- BERNAMA


https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2019/12/635119/harga-minyak-sawit-tertinggi-dua-tahun-rm2777
Sumber: bharian.com.my


Harga penanda aras, kontrak hadapan penghantaran Februari naik mencecah RM2,777 satu tan pada jam 5.34 petang tadi, tertinggi sejak 16 November 2017. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun hari ini susulan sentimen positif pelabur terhadap komoditi utama itu serta kebimbangan mengenai kekurangan bekalan.
Harga penanda aras, kontrak hadapan penghantaran Februari naik mencecah RM2,777 satu tan pada jam 5.34 petang tadi, tertinggi sejak 16 November 2017.
Harga komoditi utama itu ditutup pada RM2,764, naik 0.87 peratus berbanding penutup hari sebelumnya.
RHB Research dalam nota penyelidikannya berkata, aliran meningkat harga minyak sawit akan berterusan dan penurunan pada hari sebelumnya adalah faktro sementara iaitu susulan kegiatan pengambilan untung oleh sebilangan pelabur.