faq |  contact |  complaints |sitemap      sawit

KENYATAAN MEDIA
MALAYSIA DAN DELEGASI SYARIKAT CHINA KUKUHKAN KERJASAMA DALAM BIDANG KOMODITI


Menteri Industri Utama YB Teresa Kok telah mengadakan pertemuan dengan delegasi syarikat-syarikat China dalam usaha kerajaan mengembangkan pasaran produk komoditi tempatan ke negara China di Kementerian Industri Utama hari ini.
Lima memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara syarikat-syarikat China dan Malaysia, antaranya memasarkan produk lada dan minyak sawit merah.

MoU pertama ditandatangani oleh:
1. Mr. Dong Ge (Pengerusi Lembaga Supply & Marketing International Trade Market Management (Guang Dong) Co., Ltd.)
2. Mr. Stanley Liew Joo Kong (Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia)

MoU kedua ditandatangani oleh:
1. Mr. Dong Ge (Pengerusi Lembaga Supply & Marketing International Trade Market Management (Guang Dong) Co., Ltd.)
2. Mr. Mohd Haris Mohd Arshad (Ketua Pegawai Operasi, Sime Darby Plantation Berhad (SDPB)

MoU ketiga ditandatangani oleh:
1. Mr. Zhao He Zhang (Pengarah Urusan Zhong Nong Hui Min (Shenzhen) Information Technology)
2. Mr. Zahrin bin Haris (Green Tree Concept Sdn Bhd)

MoU keempat ditandatangani oleh:
1. Mr. Zhao He Zhang (Pengarah Urusan Zhong Nong Hui Min (Shenzhen) Information Technology)
2. Ms. Eunice Ong (Pengarah Ecoria Resources Sdn Bhd)

MoU kelima ditandatangani oleh:
1. Mr. Zhao He Zhang (Pengarah Urusan Zhong Nong Hui Min (Shenzhen) Information Technology)
2. Mr. Daniel Yong (Pengarah Kami Food Services Sdn Bhd)

MoU ini akan membuka peluang yang baik kepada sektor komoditi negara untuk meneroka pasaran di Negara China.

Majlis pemeteraian MOU ini memperlihatkan minat dalam kalangan syarikat-syarikat China untuk melabur dan menjalankan usahasama dalam sektor komoditi Malaysia.

Perjanjian yang termeterai hari ini merupakan antara hasil lawatan YB Teresa Kok ke China pada Mei lepas dalam misi mempromosikan produk komoditi utama negara.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA
5 SEPTEMBER 2019