faq |  contact |  complaints |sitemap      sawit

Prosedur Permohonan Lesen Biobahan Api

Bahagian Biobahan Api (BBA) berperanan mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) dengan memproses permohonan lesen biobahan api untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Pelesenan Biobahan Api (JKPBA) sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP).

Aktiviti biobahan api yang dilesenkan adalah seperti berikut:

1.     Memulakan untuk membina loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
2.     Mengeluarkan biobahan api;
3.     Mengadun biobahan api dengan bahan api atau biobahan api dengan biobahan api lain;
4.     Mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
5.     Mengimport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
6.     Mengangkut biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
7.     Menyimpan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
8.     Mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain; dan
9.     Menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain.

 Proses semasa yang terlibat dalam permohonan lesen biobahan api adalah seperti berikut:
 
1.     Penerimaan borang permohonan daripada pemohon yang berminat untuk menjalankan aktiviti biobahan api;
2.     Semakan borang permohonan dan dokumen sokongan oleh urus setia;
3.     Mengemukakan surat akuan penerimaan permohonan lesen kepada pemohon yang telah mengemukakan dokumen dan borang yang lengkap;
4.     Penyediaan laporan perakuan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pelesenan Biobahan Api (JKPBA);
5.     Mengurusetia Mesyuarat JKPBA bagi mempertimbangkan permohonan;
6.     Menyediakan laporan kelulusan berserta syor daripada JKPBA untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP);
7.     Mengemukakan notis kelulusan permohonan atau keputusan kepada pemohon;
8.     Menyedia dan membuat edaran lesen kepada pemegang lesen (pemohon) yang berjaya;
9.     Merekod maklumat pemegang lesen di dalam pangkalan data pelesenan (permohonan lesen); dan
10.   Memantau serta melaksanakan naziran penguatkuasaan terhadap pemegang lesen dari semasa ke semasa secara berjadual.

 

Borang Permohonan Lesen boleh dimuat turun di

 

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar ke:

Bahagian Biobahan Api (BBA)
Kementerian Industri Utama (MPI)
No. 15, Aras 8,
Persiaran Perdana, Presint 2,
62654, W.P Putrajaya.