faq |  contact |  complaints |sitemap      sawit

KEMASKINI: GARIS PANDUAN PENGECUALIAN PENGGUNAAN ADUNAN BIOBAHAN API DAN DOKUMEN BERKAITAN KE DALAM LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN

 

Untuk makluman, Kerajaan pada 9 November 2018 telah bersetuju meluluskan pelaksanaan Program B10 (adunan 10% biodiesel sawit dengan 90% diesel petroleum) di sektor pengangkutan mulai 1 Disember 2018 secara berfasa dan pelaksanaan mandatori bermula pada 1 Februari 2019. Manakala, peluasan Program B7 (adunan 7% biodiesel sawit dengan 93% diesel petroleum) diluluskan akan dilaksanakan di sektor industri seluruh negara secara mandatori mulai 1 Julai 2019.

Susulan pengumuman ini, Kementerian telah menerima permohonan-permohonan daripada pelbagai syarikat untuk mendapatkan pengecualian ke atas penggunaan biodiesel B7 dan B10 melibatkan jentera,mesin dan sebagainya. Oleh yang demikian satu garis panduan permohonan pengecualian penggunaan adunan biobahan api dan dokumen berkaitan seperti di lampiran telah dirangka dan diluluskan pelaksanaannya oleh YBhg. Dato’ Dr. KSU pada 5 April 2019 yang lalu.

Sila muat turun dokumen berikut:

a) PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PERATUSAN ADUNAN DAN PENGGUNAAN MANDATORI) (PINDAAN JADUAL) 2019
b) PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (JENIS BIOBAHAN API YANG DIADUNKAN DENGAN BAHAN API LAIN DAN PENGGUNAAN MANDATORI) 2019
c) GARIS PANDUAN PENGECUALIAN PENGGUNAAN ADUNAN BIOBAHAN API 2019
d) LAMPIRAN A FORM-MPI Biofuel Exemption 2019 (PDF)
e) LAMPIRAN A FORM-MPI Biofuel Exemption 2019 (WORD)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:


SITI NORMAZLINA BINTI AZAM
Bahagian Biobahan Api (BBA)
Kementerian Industri Utama
03-8887 8352


KHAIROL NIZAM BIN ASRI
Bahagian Biobahan Api (BBA)
Kementerian Industri Utama
03-8880 3389