faq |  contact |  complaints |sitemap

PENGLIBATAN DAN KOMITMEN KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA DALAM KONVENSYEN/MESYUARAT/FORUM ANTARABANGSA BERKAITAN ALAM SEKITAR DAN KEMAMPANAN

Kementerian Industri Utama (MPI) dan agensi-agensi di bawah seliaannya komited melaksanakan pelbagai inisiatif/program berkaitan alam sekitar dan kemampanan seperti tindakan mitigasi perubahan iklim dan pemeliharaan kepelbagaian biologi untuk memenuhi sebahagian daripada obligasi negara di bawah konvensyen antarabangsa yang telah diratifikasi. Pelaksanaan inisiatif/program tersebut juga adalah selari dengan komitmen MPI untuk membangunkan industri agrikomoditi negara secara mampan serta menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar, sumber asli dan kepelbagaian biologi. Antara konvensyen antarabangsa tersebut adalah seperti berikut:

  • United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)

Laporan-laporan yang menjelaskan inisiatif dan pendirian negara (termasuk sektor agrikomoditi) dalam memenuhi obligasi di bawah konvensyen ini adalah seperti berikut (klik tajuk untuk muat turun laporan):

- 1st National Communication to the UNFCCC (2000)
- 2nd National Communication to the UNFCCC (2011)
- 1st Biennial Update Report to the UNFCCC (2016)
- 3rd National Communication & 2nd Biennial Update Report to the UNFCCC (2018)

  • United Nations Convention on Biological Diversity (UNCBD)

Laporan-laporan yang menjelaskan inisiatif dan pendirian negara (termasuk sektor agrikomoditi) dalam memenuhi obligasi di bawah konvensyen ini adalah seperti berikut (klik tajuk untuk muat turun laporan):

- 1st National Report to the CBD (1998)
- 2nd National Report to the CBD (2002)
- 3rd National Report to the CBD (2006)
- 4th National Report to the CBD (2010)
- 5th National Report to the CBD (2014)

  • United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD)

Laporan-laporan yang menjelaskan inisiatif dan pendirian negara (termasuk sektor agrikomoditi) dalam memenuhi obligasi di bawah konvensyen ini adalah seperti berikut (klik tajuk untuk muat turun laporan):

- 1st National Report to the UNCCD (2000)
- 2nd National Report to the UNCCD (2002)
- 3rd National Report to the UNCCD (2006)
- Report from Malaysia as Affected Country Party (2014)


Selain itu, MPI turut terlibat secara aktif dalam menyumbang input, pandangan, pendirian serta maklum balas bagi pelbagai konvensyen/mesyuarat/forum antarabangsa berkaitan alam sekitar dan kemampanan bagi menjelaskan kepada komuniti antarabangsa mengenai komitmen berterusan sektor agrikomoditi negara dalam pemeliharaan alam sekitar, sumber asli dan kepelbagaian biologi. Antara konvensyen/mesyuarat/forum tersebut adalah seperti berikut:


• United Nations Forum on Forest (UNFF)

• United Nations Environment Assembly (UNEA)

• United Nations Climate Action Summit (UNCAS)