Pertanyaan |   Direktori  |   Webmail  |   |   |   |   | 

Prosedur Permohonan Lesen Bio Bahan Api

Bahagian Biobahan Api (BBA) mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 dengan memproses permohonan lesen biobahan api untuk diperakukan Jawatankuasa Pelesenan Biobahan Api (JKPBA) sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP).

Aktiviti biobahan api yang dilesenkan adalah seperti berikut:

(i) Memulakan untuk membina loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
(ii) Mengeluarkan biobahan api;
(iii) Mengadun biobahan api dengan biobahan api atau biobahan api dengan bahan api lain;
(iv) Mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
(v) Mengimport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
(vi) Mengangkut biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain;
(vii) Mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain; dan
(viii) Menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain

Proses semasa yang terlibat dalam permohonan lesen biobahan api adalah seperti berikut:

(i) Penerimaan borang permohonan daripada pemohon yang berminat untuk menjalankan aktiviti biobahan api;
(ii) Semakan borang permohonan dan dokumen sokongan oleh urus setia;
(iii) Mengemukakan surat akuan penerimaan permohonan lesen kepada pemohon yang telah mengemukakan dokumen dan borang lengkap;
(iv) Penyediaan laporan perakuan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pelesenan;
(v) Mengurusetia Mesyuarat JKPBA bagi mempertimbangkan permohonan;
(vi) Menyediakan laporan kelulusan berserta syor daripada JKPBA untuk pertimbangan PBP;
(vii) Mengemukakan notis kelulusan permohonan atau keputusan kepada pemohon;
(viii) Menyediakan dan membuat edaran lesen kepada pemegang lesen (pemohon) yang berjaya;
(ix) Merekod maklumat pemegang lesen di dalam pengkalan data pelesenan (permohonan lesen); dan
(x) Memantau pemegang lesen

 

Borang Permohonan Lesen boleh dimuat turun di

 

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar ke:

Bahagian Bio Bahan Api (BBA)
Kementerian Industri Utama (MPI)
Aras 8,
Presint 8, Persiaran Perdana
W.P Putrajaya