faq |  contact |  complaints |sitemap

merah YBM                                                                                       

Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Sawitku,

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Kementerian Industri Utama (MPI).

Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, MPI menerusi agri-komoditi utamanya seperti sawit, getah, kayu kayan, koko, lada, kenaf dan tembakau telah memainkan peranan penting untuk melaksanakan pembaharuan dan inisiatif sebagai sektor utama kepada pendapatan eksport Malaysia.

Selaras dengan perkembangan dan kemajuan industri agri-komoditi yang semakin dinamik, saya telah mengenal pasti empat fokus utama iaitu pertama, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, terutama pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan; kedua, memelihara kebajikan rakyat termasuk pekebun kecil, pengusaha ladang, pengilang dan pekerja industri komoditi; ketiga, mengukuhkan pasaran agri-komoditi dan keempat,memantapkan industri hiliran.

Sebagai menyokong empat fokus terbabit, MPI sendiri telah meletakkan satu imbangan yang progresif terutama membolehkan agri-komoditi di bawah kementerian ini terus menjadi penyumbang ekonomi utama kepada negara.

Seiring dengan ekonomi yang sentiasa dinamik, MPI telah meletakkan pendekatan strategik yang akan menjadi “game changer” kepada sektor agri-komoditi negara. Antara “key takeaways” adalah keperluan sektor agri-komoditi kita untuk melihat kepada penjenamaan semula atau “rebranding” serta strategi pemasaran yang lebih agresif termasuk produk kita yang telahpun diiktiraf kualitinya di peringkat antarabangsa seperti produk Sarawak pepper dan koko.

Begitu juga aktiviti huluan dan hiliran yang perlu dinilai semula serta keperluan membentuk strategi pemasaran produk yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan termasuk agensi kita sendiri bagi diaplikasikan dengan meluas dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Justeru, saya berharap laman web ini menjadi satu landasan terbaik mendapatkan maklumat serta memberikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan kepada semua penjawat awam, warga MPI dan rakyat secara keseluruhannya demi pembangunan sosio-ekonomi negara yang lebih cemerlang.

Selamat melayari laman web KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA.
Sekian, terima kasih.

YB PUAN TERESA KOK
Menteri Industri Utama